Wednesday, 26 November 2014

10 Sekolah Terbaik UPSR 2014 Di Sabah

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan UPSR 2014. Untuk yang kurang cemerlang, jangan berhenti berusaha... Sabahan boleh bah!


Antara 10 sekolah yang mendapat keputusan terbaik UPSR 2014 adalah seperti berikut:
  1. SK Bombalai (TAWAU)
  2. SK Sri Gaya (KOTA KINABALU)
  3. SK ST Monica (SANDAKAN)
  4. SK ST Francis Convent (KOTA KINABALU)
  5. SK ST Joseph (PENAMPANG)
  6. SK MUTIARA (KOTA KINABALU)
  7. SK Pasir Putih (TAWAU)
  8. SK ST Agnes (KOTA KINABALU)
  9. SK Holy Trinity (TAWAU)
  10. SK Bahagia (TAWAU)
Ini terbukti bahawa kedudukan dan budaya sesebuah sekolah tidak mempengaruhi prestasi pelajar. Apa yang mempengaruhi adalah usaha pelajar, ibubapa dan guru itu sendiri. Semoga lepas ini ada sekolah yang boleh mendapat 100% lulus UPSR.

Tahniah untuk semua pelajar dan guru. Terbaik bah Sabah!

Sabah dan Labuan: Amaran angin kencang di perairan

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka melanda perairan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa, angin kencang timur/timur laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, Sabah dan Labuan.

Di harap agar semua warga Sabah dan Labuan berjaga-jaga untuk segala kemungkinan.