Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka melanda perairan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula Jumaat sehingga Ahad ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa, angin kencang timur/timur laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, Sabah dan Labuan.
Di harap agar semua warga Sabah dan Labuan berjaga-jaga untuk segala kemungkinan.
No comments:
Post a Comment